Monday, September 5, 2016

Matlamat Kehidupan... Part 1

Alhamdulillah, bertemu kembali kita di ruangan maya. Setelah sekian lama tidak bersiaran & sempat makeover sikit, hari ni nak share berkenaan matlamat dalam hidup yang boleh seimbangkan kehidupan kita.

Berbalik dulu pada goals, atau pun matlamat. Kenapa setiap individu perlukan matlamat dalam hidup? wajibkah kita perlukan matlamat dalam hidup? macamana matlamat tersebut boleh membantu seimbangkan kehidupan kita? Ramai yang tidak peduli tentang matlamat dalam hidup sehinggalah mereka tahu bahawa matlamat itu sebenarnya mampu menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Betul?

Matlamat yang jelas umpama manifesto yang hebat. Macamana nak measure matlamat kita ni? Sangat mudah sebenarnya. Selitkan 3 elemen dalam matlamat kita:

MATLAMAT "APA" (WHAT)
Perniagaan, Kerjaya, Status Kewangan. Ini adalah 'APA" yang kita nak capai dalam hidup.

 MATLAMAT "KENAPA" (WHY)
Peribadi, Keluarga & Kesihatan. Ini adalah "KENAPA" kita mahu mencapai matlamat kita dalam perniagaan & kerjaya

 MATLAMAT "BAGAIMANA" (HOW)
Pembangunan peribadi & profesional. Matlamat "bagaimana" ini lah yang akan membantu kita mencapai apa yang kita mahu dalam hidup & menikmatinya dengan lebih baik.

Encik Zamil, Kuala Lumpur. 1815